Panduan Seks Untuk Suami

Ego punca suami kecundang di ranjang

Walaupun dikatakan handal dalam permainan seks namun ada kalanya lelaki turut melakukan kesilapan ketika hubungan intim bersama pasangan. Kesalahan yang dilakukan pula kerap kali tidak disedari hingga kadang kala menyinggung perasaan isteri. Kesalahan ini dikatakan lebih banyak dipengaruhi dengan sifat lelaki yang cenderung ego. Oleh itu para suami sangat disarankan membacanya sebagai panduan.

1. Tidak mengatur tempat
Mengatur dan menyediakan tempat yang selesa untuk hubungan intim bukanlah sesuatu yang sukar. Malah ia akan memudahkan proses mencumbu dan merayu pasangan tatkala memulakan hubungan seks. Keselesaan isteri akan memudahkan tugas suami, oleh itu rapikanlah tempat tidur, pasang lampu malam, muzik yang lembut untuk menyenangkan hatinya dan mencipta suasana romantis.

2. Melupakan pemanasan
Pemanasan atau foreplay merupakan bahagian penting sebuah hubungan intim. Ia adalah perkara yang merangsang nafsu seks wanita. Namun begitu ramai lelaki mahupun suami menganggap pemanasan hanya perkara membuang waktu dan seterusnya tergesa-gesa melakukan hubungan intim. Pemanasan ibarat makanan pembuka mulut yang perlu sebelum hidangan utama. Oleh itu lakukan perkara seperti mengusap, mencium, membisikkan ungkapan-ungkapan seksi, selain menyentuh bahagian sensitive isteri. Walaupun dianggap remeh oleh lelaki namun inilah sebenarnya bahagian yang paling disenangi oleh isteri.


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

3. Terlalu cepat
Belajar menahan keinginan di tempat tidur akan membuat pasangan anda semakin terangsang. Wanita seperti yang diketahui memerlukan masa yang lama untuk berghairah, oleh itu janganlah mementingkan diri. Puaskanlah terlebih dahulu keinginan isteri sebelum mengakhiri hubungan intim. Jangan biarkan isteri terbaring dalam keadaan kecewa kerana gelora nafsunya tidak dipenuhi. Percayalah perkara inilah yang membuatkan isteri lebih menyayangi pasangannya.

4 Mengabaikan bahasa tubuh
Wanita sememangnya jarang untuk meluahkan kemahuannya tentang apa yang diinginkan di tempat tidur. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dibaca dengan petunjuk bahasa tubuh. Perhatikan gerakan-gerakan tubuh isteri yang sebenarnya mungkin ingin memberitahu sesuatu kepada pasangannya secara verbal. Perhatikan bagaimana pasangan anda memberi reaksi terhadap sentuhan. Jika anda melihat tubuhnya tegang ketika disentuh, ubahlah cara sentuhan sehingga isteri berasa nyaman dan senang. Sebaliknya jika ia masih belum memberi kesan, inilah waktunya untuk meningkat volume sentuhan.

5 Mempraktikkan gaya yang keterlaluan
Ada lelaki yang mempunyai fantasi yang tinggi dan selalu ingin mencuba gaya baru di tempat tidur. Mereka terus mempraktikkannya tanpa mengambil kira kesediaan isteri, dan inilah kesilapannya. Ada pasangan yang tidak dapat menerima aksi-asi baru terutama yang keterlaluan. Sekiranya suami mahu mencuba sebaiknya perkenalkanlah posisi dan fantasi baru perlahan-lahan. Di mulai dengan merayu secara halus dan lembut sehinggalah isteri memberi persetujuan. Tetapi perhatikanlah juga reaksi isteri dalam mempraktikkan gaya tersebut kerana kemungkinan pasangan tidak menyukainya.

6 Mengabaikan pasangan
Semua wanita akan rasa kecewa bila pasangan mengabaikan dirinya ketika di tempat tidur. Selalunya ia berlaku apabila suami telah mencapai ejakulasi. Sungguhpun kepenatan namun janganlah mengabaikan isteri setelah anda menikmati kepuasan. Perlakukan pasangan seperti sedang bercumbu, peluk dan cium dan genggamlah tangannya. Seharusnya inilah masanya suami menunjukkan rasa cinta dengan setia menyenangkan isteri walaupun sudah merasai kepuasannya.

7 Melupakan bahagian sensitif
Lelaki memang lebih tertarik untuk terus memusatkan perhatian ke alat kelamin wanita ketika hubungan seks sehingga lupa bahawa tubuh wanita dipenuhi dengan bahagianbahagian sensitif yang lain. Sebolehnya ketika bersama isteri, cium bahagian belakang, leher dan dadanya. Usaplah punggung dan kakinya. Lakukan dengan lembut kerana wanita akan merasakan kesan yang luar biasa setiap kali suami melakukannya.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

1 ulasan:

Servis Menaip Pelbagai Dokumen, Artikel, Laporan, Resume, Profil Syarikat, Buku, Skrip TV/Drama berkata...

Iya, saya sangat setuju dengan informasi ini. Lelaki juga wajib menambahkan tenaga dalaman mereka dengan mengambil supplemen yang betul untuk jangka masa yang lama.
www.RahsiaJamuMaajun.com

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular