Kunci kemesraan suami isteri

Kunci kemesraan suami isteri

Saya tidak mempunyai rangsangan nafsu ketika berjimak bersama suami (tiada pengeluaran air sebagai pelincir - vagina kering). Adakah ini kerana pengaruh hormon peningkatan usia? Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran air mani isteri? * As, Terengganu

Jawapan

Usia bukanlah faktor utama menyebabkan wanita dingin terhadap pasangan kerana masalah ini juga boleh berlaku di kalangan wanita lebih muda. Faktor psikologi merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan tahap keghairahan seksual seseorang kerana otak adalah organ utama yang mengawal pemikiran tersebut. Usahlah anda gusar, insya-Allah anda belum mengalami menopaus dan masalah kekeringan vagina yang anda alami bukanlah disebabkan peningkatan usia.

Rasa dingin lebih menguasai diri berbanding pemikiran dan tanggapan bahawa ini adalah tanggungjawab dan antara faktor yang menghangatkan lagi masalah rumah tangga pasangan itu. Malah, silap jika ada yang memandang ringan peranan hubungan di ranjang kerana hubungan ini bukan sekadar merangkumi aspek keseronokan fizikal, sebaliknya ‘kunci’ kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat perhubungan itu. Tidak hairanlah jika ada yang berkata, dingin di ranjang boleh membawa dingin kepada perhubungan.

Tahukah anda, apa juga punca dan masalah yang mengundang kepada masalah kedinginan seks, banyak dipengaruhi faktor emosi serta tekanan berikutan beban kerja harian.

Hubungan seks bagi seorang lelaki ialah persetubuhan manakala seorang isteri pula beranggapan, sentuhan dan belaian paling penting dalam berhubungan intim. Untuk pengetahuan anda, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual penetrative yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan non-penetrative yang tidak membabitkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian.

Fungsi dan kemahuan seksual bagi seseorang lelaki serta wanita amatlah berbeza. Justeru, penting bagi wanita mempelajari keinginan lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi menjamin kejayaan hubungan.

Organ paling utama mengawal kehendak seksual ialah otak. Jadi, perubahan emosi, tekanan di tempat kerja serta rumah tangga juga sebenarnya menyumbang kepada kedinginan seks. Masyarakat kita khususnya wanita segan berbicara mengenai isu seks apatah lagi jika usia meningkat kerana ramai yang percaya, seks bukan sesuatu yang penting.

Bagi menangani masalah kedinginan seksual, wanita boleh mengamalkan rutin senaman misalnya aerobik kerana regangan dilakukan dapat memberi kesan positif kepada tubuh badan malah setiap pergerakan senaman itu mempraktikkan pengamalan pengecutan otot faraj atau dikenali sebagai kegel exercise. Senaman ini menjauhkan wanita daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan lain-lain penyakit malah dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang. Senaman sebegini dapat membantu menguatkan otot di pelvik justeru cengkaman otot ini menjadi kuat sekali gus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan serta wanita itu sendiri.

Mengikut kajian antarabangsa, lebih 40 peratus wanita merungut tidak berminat mengadakan seks pada tahap-tahap tertentu usia mereka. Bagaimanapun, ramai penyelidik mengakui betapa sukarnya untuk mengukur apakah yang disifatkan nafsu yang normal dan sebaliknya.

Perbincangan dan berkomunikasi antara satu sama lain sangat penting dalam menyelesaikan masalah ini. Penting bagi suami memahami masalah tersebut dan sama-sama mempelajari kaedah meningkatkan nafsu terutama dengan pandai membelai si isteri.

Anda berdua juga boleh dapatkan maklumat berkenaan hubungan seks ini daripada buku dan Internet. Cuba dulu beberapa cadangan yang diberikan di atas. Jika masalah ini masih tidak dapat dihindari, maka anda berdua boleh mendapatkan rawatan terapi seksual daripada kaunselor dan terapi seksual di klinik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular