Masalah air mani berwarna kuning


Air mani berwarna kuning

Saya menderita sakit senak pada testis sebelah kiri. Saya lihat kantung zakar kiri dan kanan saya adalah normal.

Begitu juga setiap kali melakukan seks dengan isteri. Namun, air mani yang keluar berwarna kuning. Selain itu, ketika saya menunggang motosikal saya terasa sangat senak setiap kali melanggar bonggol jalan. Apakah rawatan terbaik untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan


Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dalam kerandut buah zakar. Di samping itu, kedua-dua buah zakar mempunyai kantung tersendiri iaitu otot yang dikenali sebagai otot Cremester. Otot ini melindung buah zakar dalam keadaan tertentu seperti menarik buah zakar ke dalam ketika buah zakar terusik atau terpukul.

Cengkaman otot Cremester boleh memberi perasaan sengal kepada buah zakar seketika dan apabila cengkaman itu lega, perasaan sengal itu akan lega.

Ada beberapa lagi situasi yang boleh menimbulkan perasaan senak kepada buah zakar, seperti varikosel atau pembuluh darah vena yang berpintal dan mengembang, 'ureteric colic' atau cengkaman salur ureter akibat penurunan batu karang yang mana perasaan sengal itu boleh terasa hingga ke buah zakar, 'kongesion' (kekembangan) buah zakar atau takungan darah yang banyak dalam buah zakar akibat aktiviti seks atau keradangan buah zakar akibat jangkitan atau buah zakar terpulas.

Maka, jika sengal buah zakar berlaku dan ia terus kekal serta sentiasa terasa seperti yang anda alami itu, amat mustahak anda berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.

Jika dibiarkan tanpa buat apa-apa kecuali makan ubat untuk mengurangkan sakit dan rasa sengal itu akibat infeksi atau buah zakar terpulas, kemungkinan besar buah zakar itu boleh rosak.

Sementara menunggu untuk berjumpa doktor, anda boleh tuam buah zakar yang sakit dengan kantung ais supaya bengkak dan keradangan itu terkawal.

Oleh Dr Ismail Thamby



Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular