Ramai wanita gersang bela anak ikan

Anak Ikan Dibela Wanita Kesepian

Memiliki wajah kacak, berpenampilan menarik dan mahir memuaskan nafsu wanita gersang antara modal digunakan segelintir individu, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi, untuk meraih wang dengan cara mudah.

Dengan menawarkan khidmat sebagai gigolo atau pengiring sosial, ada antara mereka hidup mewah berikutan dibela wanita yang ketagih belaian lelaki muda.

Dengan hanya melayan nafsu seks 'mak ikan' seminggu sekali atau menemani mereka ke mana saja, ada anak ikan bukan saja dibayar dengan wang ringgit, malah menerima hadiah seperti motosikal atau kereta bagi memudahkan mereka bergerak.

Berikut pengakuan individu yang pernah dibela sebagai 'anak ikan' atau lelaki simpanan wanita gersang.

KISAH 1

BERUSIA 28 tahun, lelaki yang mahu dikenali sebagai Sam mengakui pernah hidup mewah sewaktu dibela 'mak ikan' atau 'sugar mummy'.

Menceritakan bagaimana dia terbabit dalam kegiatan itu, Sam berkata, pada mulanya dia sekadar suka-suka apabila menawarkan khidmat sebagai pengiring sosial di laman web.

Katanya, hanya seminggu mempromosikan khidmat itu, dia menerima puluhan mesej daripada wanita yang ingin mendapatkan khidmatnya.

"Sebenarnya, saya hanya mencuba dan tidak sangka pula banyak mesej diterima kerana ia kali pertama saya melakukannya.

"Malah, kerana takut ia mungkin perangkap, saya tidak terus menawarkan khidmat hingga ke bilik tidur. Apabila pasti mereka betul-betul berminat nak mendapatkan layanan, baru saya maklumkan khidmat yang saya tawarkan sewaktu berjumpa," katanya.

Menurut Sam, dia turut memilih pelanggan, bergantung kepada bayaran serta paras rupa pelanggannya.

Katanya, khidmat diberikannya hanya pada cuti hujung minggu dan ketika cuti pertengahan semester dengan bayaran serendah RM200 sehari.

"Biasanya saya semak dulu senarai pelanggan mengikut hari mereka inginkan. Jika pada ada lebih dua pelanggan yang mahu dapatkan khidmat, saya akan pastikan siapa sanggup bayar lebih.

"Namun, ada juga servis yang saya beri secara percuma, terutama jika pelanggan itu baik hati dan memenuhi kriteria yang saya inginkan," katanya.

Sam berkata, kebanyakan pelanggannya dari luar ibu kota dan datang ke Kuala Lumpur kerana melancong atau urusan perniagaan.

Katanya, hanya beberapa kali dia memberi khidmat kepada wanita berumur di bawah 30 tahun, manakala selebihnya berusia 40 hingga 55 tahun.

"Saya pernah melayan sekumpulan lima wanita yang datang dari Singapura secara bergilir-gilir. Semua mereka berumur lebih 50 tahun tetapi disebabkan bayaran mahal, saya terima mereka," katanya.

Menurut Sam, pekerjaan sebagai pengiring sosial dilakukan hampir tujuh bulan sebelum seorang pelanggan dikenali sebagai Sal yang pernah mendapatkan khidmatnya menawarkan untuk menjadi sugar mummy atau mak ikan.

"Mulanya saya tak mahu terima kerana lebih gemar bebas memilih serta bertukar pelanggan yang pelbagai. Namun apabila wanita itu sanggup membayar RM1,500 setiap bulan selain menyediakan tempat tinggal, saya terus bersetuju.

"Saya menjadi lelaki simpanan hampir setahun sebelum diketahui suaminya yang menghantar kaki pukul membelasah saya," katanya.

Sam berkata, sepanjang menjadi lelaki simpanan Sal, dia pernah menerima hadiah jam tangan bernilai lebih RM5,000, sebuah kereta bagi memudahkan mereka bergerak serta pelbagai lagi hadiah berjenama lain.

Selepas kejadian itu, Sam berkata, dia serik dan tidak mengulangi perbuatan itu.

Dia yang kini mendapatkan bantuan untuk memulihkan ketagihan terhadap kegiatan itu berkata, memang sukar kerana ia bukan sekadar memuaskan nafsunya, malah memperoleh wang dengan cara mudah.

KISAH 2

DIDI, 32, (bukan nama sebenar) pernah menjadi anak ikan secara tidak sengaja apabila berkenalan dengan wanita bernama Camelia di laman sosial.

Menurut Didi, perkenalan itu secara tidak sengaja apabila dia menyapa seorang kenalan menerusi laman sembang ketika menuntut di institusi pengajian tinggi, lebih 10 tahun lalu.

"Dalam laman itu, saya tidak tahu bagaimana dan dengan siapa saya bersembang. Saya hanya memilih berdasarkan nama wanita.

"Apabila melihat nama Camelia, saya cuba berbual dengannya dan ternyata mendapat perhatian," katanya.

Menurut Didi, perkenalan mereka terjalin dalam tempoh singkat apabila daripada perbualan biasa, ia beralih kepada cerita berbaur seks dan lucah.

Tidak sampai dua minggu, hubungan mereka berdua menjadi akrab apabila mula bertukar-tukar gambar dan mengajak untuk berjumpa.

"Menerusi gambar, Camelia memang cantik, membuatkan saya terpikat padanya.

"Bekerja sebagai doktor, dia memberitahu menghadapi masalah dengan suaminya dan dahagakan belaian lelaki.

"Kerana suka perwatakannya, saya menawarkan diri menjadi kekasih gelapnya.

"Malah, ketika kali pertama berjumpa, pertemuan kami berakhir dengan hubungan seks," katanya.

Didi berkata, bermula detik itu dia menjadi lelaki simpanan atau anak ikan Camelia apabila sering berjumpa dan melampiaskan nafsu sama ada di dalam kereta atau bilik hotel.

Menurut Didi, hidup sebagai lelaki simpanan Camelia sangat mewah berikutan wanita itu tidak kedekut dan sering memberi wang.

Malah segala yuran pengajian, perbelanjaan bulanan serat duit sewa semuanya ditanggung.

Malah, akui Didi, wanita berkenaan pernah menawarkan kereta kepadanya bagi memudahkan mereka berjumpa.

"Namun saya tolak kerana tidak mahu keluarga syak. Saya hanya minta dia gantikan motosikal lama saya dengan yang baru.

"Malah, boleh dikatakan setiap kali berjumpa, Camelia memberikan duit antara RM300 hingga RM500. Dalam tempoh sebulan, kami berjumpa lapan hingga sembilan kali, di mana ada kalanya saya mendapat lebih RM2,000 sebulan," katanya.

Menurutnya, hubungan dengan Camelia bertahan hanya dua tahun sebelum dia kembali ke kampung halaman sebaik menamatkan pengajian.

Malah, walaupun kini berumah tangga dan mempunyai seorang anak, Didi mengakui sukar melupakan Camelia selain pernah cuba menghubunginya.

"Sebelum memutuskan hubungan, saya berbincang dengannya dan kami berpisah secara baik.

"Cuma sepanjang hidup sebegitu, perasaan saya berat sebab sentiasa teringatkannya. Saya cuba menghubunginya tapi tak berbalas," katanya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hmmm

Tanpa Nama berkata...

Hmmm kenapa.... nak jugak?...

Unknown berkata...

Nk juga wanita si 0176544800

be berkata...

Jom urut area penang 0134953273 ..dri rumah ke rumah..nama sya acik

Unknown berkata...

sy nk jugak

Tanpa Nama berkata...

Nak jd gigolo sy boleh dm telegram sy @pinkstrawberry88

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular