Pergelangan zakar kerap melecet

Suami saya sering melecet pada pergelangan alat sulitnya. Kami sudah mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan ‘pelincir’ tetapi masalah tetap berulang.

-------

Jika masalah ini wujud sebelum anda berdua memulakan hubungan seksual, mungkin ia ada kaitan dengan benda yang dipakai atau diguna suami kepada anggota kelaminnya seperti sabun, minyak ataupun akibat penyakit kulit yang biasa mengganggu kulit mukosa penghujung zakar seperti Psoriasis.

Jika tidak dan hanya melalui hubungan seks, ia ada kaitan dengan bahagian anggota kelaminnya yang tersentuh sesuatu pada faraj melalui hubungan seksual.

Ia mungkin akibat geselan penghujung zakar pada mukosa faraj yang kesat tanpa pelicin semula jadi. Jika guna pelicin, sudah tentu masalah itu selesai. Jika kebetulan pula dia alah dengan bahan pelicin berkenaan, cuba pula bahan pelicin jenis ‘hypoallergenic’, yang selamat daripada kesan alahan.

Mungkin juga masalah ini berpunca jangkitan kulat atau kuman. Jika selepas pemeriksaan coleta daripada kulit yang menggelupas itu tidak menampakkan sebarang kulat atau kuman, maka masalah yang dialaminya sukar untuk diselesaikan kecuali dengan rawatan biasa.

Rawatan ini untuk mengurangkan kulit kering dan menggelupas seperti menggunakan krim steroid dan elak daripada persetubuhan sehingga kulit sembuh.

Jika mahu melakukan aktiviti seksual juga, mungkin anda dan pasangan perlu memakai alat pelindung seperti kondom plastik. Kondom plastik atau yang diperbuat daripada bahan sintetik seperti Polyuretane yang jarang mengakibatkan alahan kulit lebih sesuai daripada kondom latex biasa.

Namun, maklumat ini bukan bertujuan merawat masalah kulit penghujung zakar menggelupas kerana lelaki yang mengalami masalah itu perlu rujuk kepada doktor pakar untuk pemeriksaan.

Selain daripada apa yang saya jelaskan mengenai perkara yang mungkin menjadi punca masalah itu, ada juga masalah lain seperti jangkitan kuman virus dan penyakit kulit tertentu. Jadi mana-mana lelaki yang mengalami masalah sama boleh merujuk kepada pakar sakit kulit dan menjalani pemeriksaan sewajarnya.

Mendiamkan diri dan menunggu masalah itu lenyap bukan caranya. Kulit yang melecet menandakan kulit tidak sihat dan tidak memberi perlindungan kepada bahagian terbabit. Saya syorkan puan pujuk suami berjumpa doktor supaya kulit zakarnya sihat dan selamat.

~ Dr. Ismail Thamby

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular