Wanita Perancis diarah buang implan payudara, risiko kena kanser

Kira-kira 300,000 wanita Perancis dan berpuluh-puluh ribu wanita di seluruh dunia mungkin perlu mengeluarkan semula bahan implan yang dipakai di payudara mereka selepas beberapa kes kanser dikesan dikaitkan dengan bahan itu.

Keputusan keperluan untuk membuang bahan itu yang dihasilkan oleh syarikat Poly Implant Prothese (PIP), akan diputuskan hujung minggu ini sebaik saja laporan Institut Kanser Kebangsaan dikeluarkan pada Khamis ini.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan berkata, tiada bukti jelas menunjukkan kanser boleh berlaku disebabkan bahan itu dan ia tidak mendatangkan risiko yang membahayakan kesihatan. – AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular